Alhamdulillah, segala puja & puji kepada Allah S.W.T. pentadbir sekalian alam.
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan tidak ada perjuangan jika tidak disertai dengan pengorbanan.
Begitu juga dengan kepimpinan.Tidak ada kepimpinan jika tidak ada ketaatan dan ketaatan tidak akan wujud tanpa adanya kepercayaan terhadap pemimpin yang memimpin mereka.
Kebanyakkan manusia hanya pandai berangan-angan. Tidak semua cita-cita menjadi nyata. Berkata-kata lain dari berangan-angan. Beramal pula lain dari berkata-kata. Berjihad lain dari beramal. Jihad yanng benar berbeza dari jihad yang salah. Kita melihat ramai orang mempunyai ilmu tetapi menjadikan ilmu itu sebagai amalannya adalah suatu perkara yang sukar sekali.
Yakinlah bahawa kekuatan itu bermula dari 3 kekuatan yang paling asas iaitu kekuatan iman, kekuatan ukhwah persaudaraan dan barulah disusuli dengan kekuatan material atau persenjataan.
Wahai teman, apa yang terjadi pada hari ini adalah berdasarkan perbuatan dan harapan kita pada hari semalam manakala apa yang berlaku pada hari esok adalah impian dan cita-cita kita pada hari ini. Janganlah berputus asa kerana berputus asa itu bukanlah akhlak dari akhlak seorang muslim. Jika kalimat"putus asa" menjadi mainan bibir, sudah tentu kita terus bergelap pada hari ini tanpa ada cahaya yang menerangi kerana 999 kali percubaan mencipta mentol
gagal tidak menjadi seperti mana yang diimpi. Kali ke 1000 barulah harapan menjadi realiti dan Thomas Edison terus di ingati hingga kini.
bersambung..
Tuesday, February 9, 2010
Beberapa Kalimah Muqaddimah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Cam kenal jer kata2 tuw...
Copy ker?
Post a Comment